Wednesday, October 27, 2010

Thursday, October 21, 2010

PELANCARAN BUKU PERATURAN DISIPLIN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH SK SRI SURIA (1)




















Unit Hal Ehwal Murid khususnya Badan Disiplin Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1) telah menerbitkan Buku Peraturan Disiplin dan Undang-Undang Sekolah versi SK Sri Suria (1). Buku ini diwajibkan kepada semua murid dan guru memilikinya.Penerbitan buku ini adalah salah satu usaha untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah ini.Majlis pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh Guru Besar YM Tengku Hamzah Bin Ku Seman pada 31 Januari 2010.

Antara lain tujuan buku ini diterbitkan ialah :-

1. Buku kecil ini merupakan salah satu sumber rujukan dan punca kuasa kepada warga sekolah khususnya guru-guru bagi menangani masalah disiplin di sekolah selain surat pekeliling dan surat edaran Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Untuk mengemaskini Undang-Undang Dan Peraturan Sekolah agar undang-undang dan peraturan sekolah akan lebih difahami, dihayati oleh murid-murid dan ibu bapa / penjaga.

3. Ibu bapa / Penjaga murid akan bekerjasama menggembeling usaha dan tenaga dalam dalam memantapkan pengurusan peraturan di sekolah ini.

4. Ibu bapa akan lebih peka terhadap salahlaku serta kesalahan-kesalahan berat dan hukuman-hukumannya. Ini akan memudahkan pihak sekolah melaksanakan tugas dalam menguatkuasakan peraturan serta disiplin di sekolah.





SELAMAT DATANG KE SK SRI SURIA (1)

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA ROMBONGAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH KUALA MUDA, SUNGAI PETANI, KEDAH KE SK SRI SURIA (1) PADA 26 OKTOBER 2010. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA DISAMPING MENJALIN TALI SILATURRAHIM.

Wednesday, October 20, 2010

PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK SRI SURIA (1) 2010














Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1) telah mengorak langkah untuk menjayakan program 'Jom Ke Sekolah' pada 25 Mac 2010. Sasaran utama program ini adalah kepada semua murid, guru-guru serta ibu bapa. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, En. Che Abdullah b Mohd, Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah dan turut disertai oleh Yang diPertua PIBG, Dato' Shaari bin Hj. Hassan. Dalam ucapan perasmian tersebut, Tuan PPD menekankan kepentingan tentang kehadiran murid ke sekolah. Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar.


Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang hadir tidak akan mendapat apa-apa maklumat. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain selain ketinggalan dalam pelajaran mereka.


Pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan pihak ibu bapa dan semua pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah. Hj. Tengku Hamzah bin Ku Seman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, menaruh harapan yang tinggi agar para pelajar dapat meningkatkan kehadiran pada tahap 100 peratus di samping dapat mengurangkan gejala salahlaku disiplin di kalangan pelajar serta meningkatkan keperihatinan para ibu bapa dalam menangani isu kehadiran pelajar ke sekolah.