Wednesday, November 17, 2010

MAKLUMAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA MURID MISKIN MELALUI DATA e-kasih


Kepada Para ibu bapa/Penjaga SK Sri Suria (1)
Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan hendaklah mendaftar untuk bagi peyaluran semua bentuk bantuan kerajaan kepada murid miskin mulai tahun 2011. Sila klik pada link ini untuk membuat pendaftaran secara online : https://www.ekasih.gov.my/PENDAFTARAN/Pages/BorangPendaftaranRingkas.aspx
Terima Kasih.
PK HEM SKSS (1)

MAKLUMAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA MURID MISKIN TAHUN 2011 MELALUI DATA e-kasih



Kepada Para ibu bapa/Penjaga SK Sri Suria (1)

Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan hendaklah mendaftar bagi tujuan peyaluran semua bentuk bantuan kerajaan kepada murid miskin mulai tahun 2011. Sila klik pada pada tajuk : MAKLUMAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA MURID MISKIN TAHUN 2011 MELALUI DATA e-kasih di atas untuk membuat pendaftaran secara online.
Terima Kasih.
PK HEM SKSS (1)


 

Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kumpulan A

Penggal 

Cuti dan Hari Persekolahan 

Mula 

Akhir 

Hari 

I 

Hari Persekolahan 

02.01.2011 

31.01.2011 

22 

Hari Persekolahan 

01.02.2011 

28.02.2011 

20 

Hari Persekolahan 

01.03.2011 

10.03.2011 

8 

Cuti Pertengahan Penggal

11.03.2011 

19.03.2011 

9 

Hari Persekolahan 

20.03.2011 

31.03.2011 

10 

Hari Persekolahan 

01.04.2011 

30.04.2011 

20 

Hari Persekolahan 

01.05.2011 

26.05.2011 

20 

Cuti Pertengahan Tahun 

27.05.2011 

11.06.2011 

16 

    

II 

Hari Persekolahan 

12.06.2011 

30.06.2011

15 

Hari Persekolahan 

01.07.2011 

31.07.2011 

21 

Hari Persekolahan 

01.08.2011 

25.08.2011 

19 

Cuti Pertengahan Penggal ke II 

26.08.2011 

03.09.2011 

9 

Hari Persekolahan 

04.09.2011 

30.09.2011 

20 

Hari Persekolahan 

01.10.2011 

31.10.2011 

22 

Hari Persekolahan

01.11.2011 

17.11.2011 

13 

    

Cuti Akhir Tahun 

18.11.2011 

31.12.2011 

44 

Jumlah 

288 

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 

210 

Jumlah Hari Cuti Penggal 

78 


  

Kumpulan B

Penggal 

Cuti dan Hari Persekolahan 

Mula 

Akhir 

Hari 

     

I 

Hari Persekolahan

03.01.2011 

31.01.2011 

21 

Hari Persekolahan 

01.02.2011 

28.02.2011 

20 

Hari Persekolahan 

01.03.2011 

11.03.2011 

9 

Cuti Pertengahan Penggal 

12.03.2011 

20.03.2011 

9 

Hari Persekolahan 

21.03.2011 

31.03.2011 

9 

Hari Persekolahan 

01.04.2011 

30.04.2011

21 

Hari Persekolahan 

01.05.2011 

27.05.2011 

20 

Cuti Pertengahan Tahun 

28.05.2011 

12.06.2011 

16 

    

II 

Hari Persekolahan 

13.06.2011 

30.06.2011 

14 

Hari Persekolahan 

01.07.2011 

31.07.2011 

21 

Hari Persekolahan 

01.08.2011 

26.08.2011 

20 

Cuti Pertengahan Penggal ke II

27.08.2011 

04.09.2011 

9 

Hari Persekolahan 

05.09.2011 

30.09.2011 

20 

Hari Persekolahan 

01.10.2011 

31.10.2011 

21 

Hari Persekolahan 

01.11.2011 

18.11.2011 

14 

    

Cuti Akhir Tahun 

19.11.2011 

01.01.2012 

44 

Jumlah 

288 

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210 

Jumlah Hari Cuti Penggal 

78 


  

Kumpulan A

Kumpulan B

  

  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Friday, November 12, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK SRI SURIA (1) 2010














Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Sri Suria (1) diadakan pada 11 November 2010. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Zahari bin Daud. Antara kategori penganugerahan adalah pelajar-pelajar cemerlang yang mencapai 5A, 6A, 7A dan 8A, kehadiran penuh, tokoh Nilam, tokoh pelajar serta anugerah bagi pelajar-pelajar yang mempunyai ketokohan dalam bidang-bidang tertentu seperti kurikulum, ko-kurikulum dan sebagainya.

Kategori Penyampaian Hadiah adalah Hadiah Murid Cemerlang Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 di samping Hadiah Mata pelajaran Terbaik.

Selain dari itu juga, terdapat juga kategori Anugerah Khas seperti Anugerah Khas NILAM, KO-Kurikulum serta Tokoh NILAM, Ko-Kurikulum Lelaki dan Perempuan dan Tokoh Murid Lelaki dan Perempuan.

Majlis juga diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie (Bahasa Arab), Action Songs dan persembahan tarian 'Seribu Satu Malam' oleh pelajar-pelajar Tahun 6.

Tokoh-tokoh Pelajar bergambar bersama Tn Hj Zahari bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan dan Tn Hj Tg Hamzah bin Ku Seman, Guru Besar SK Sri Suria (1) disertai oleh para ibu pelajar.

Pada 11 November 2010 juga pelajar-pelajat Tahun 6 akan mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka masing-masing. Semoga pencapaian pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Insyallah.

65 DAPAT 5A – SINAR HARIAN edisi KELANTAN : JUMAAT, 12 NOVEMBER 2010






TANAH MERAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Suria 1 mencatat sejarah apabila muncul sebagai sekolah yang berjaya mengekalkan rekod kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di sini, semalam.

Seramai 65 calon UPSR sekolah terbabit berjaya mencapai keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Sekolah itu berjaya mengekalkan rekod kecemerlangannya sebagai sekolah cemerlang dalam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah.

Guru Besar sekolah terbabit, Tengku Hamzah Ku Seman berkata, pencapaian pada tahun ini amat membanggakan dan berjaya mengharumkan nama sekolah.

"Walaupun peratusan pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 82.85 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 88.8 peratus, namun prestasi kecemerlangan dapat dikekalkan di sekolah ini.

"Tahniah kepada semua calon yang berjaya dalam peperiksaan terbabit dan diharapkan kecemerlangan seumpama itu akan dikekalkan pada tahun akan datang," katanya.

Katanya, rekod pencapaian pelajar di sekolah itu amat membanggakan dan diharapkan agar pelajar akan terus mencapai kecemerlangan.

Daripada 239 calon yang menduduki UPSR, seramai 198 calon lulus semua subjek yang terdiri daripada tujuh kelas tahun enam di sekolah terbabit.

Antara kelas tahun enam di sekolah berkenaan adalah, Tahun Enam Arif, Enam Bestari, Enam Cekal, Enam Dinamik, Enam Fitrah serta Enam Gemilang.

Thursday, November 11, 2010

65 CALON MENCAPAI 5A DALAM UPSR 2010

Sinar Harian Edisi Kelantan 12.11.2010
TANAH MERAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Suria 1 mencatat sejarah apabila muncul sebagai sekolah yang berjaya mengekalkan rekod kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di sini, semalam. 
Seramai 65 calon UPSR sekolah terbabit berjaya mencapai keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Sekolah itu berjaya mengekalkan rekod kecemerlangannya sebagai sekolah cemerlang dalam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah. 


Guru Besar sekolah terbabit, Tengku Hamzah Ku Seman berkata, pencapaian pada tahun ini amat membanggakan dan berjaya mengharumkan nama sekolah. “Walaupun peratusan pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 82.85 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 88.8 peratus, namun prestasi kecemerlangan dapat dikekalkan di sekolah ini. 


“Tahniah kepada semua calon yang berjaya dalam peperiksaan terbabit dan diharapkan kecemerlangan seumpama itu akan dikekalkan pada tahun akan datang,” katanya. 


Katanya, rekod pencapaian pelajar di sekolah itu amat membanggakan dan diharapkan agar pelajar akan terus mencapai kecemerlangan. Daripada 239 calon yang menduduki UPSR, seramai 198 calon lulus semua subjek yang terdiri daripada tujuh kelas tahun enam di sekolah terbabit. Antara kelas tahun enam di sekolah berkenaan adalah, Tahun Enam Arif, Enam Bestari, Enam Cekal, Enam Dinamik, Enam Fitrah serta Enam Gemilang.

Pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2010 bergambar beramai-ramai bersama Dato' Shaari bin Hj Hassan, Yang diPertua PIBG SK Sri Suria (1).

Wednesday, November 10, 2010

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2010

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Sri Suria (1) diadakan pada 11 November 2010. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Zahari bin Daud. Antara kategori penganugerahan adalah pelajar-pelajar cemerlang yang mencapai 5A, 6A, 7A dan 8A, kehadiran penuh, tokoh Nilam, tokoh pelajar serta anugerah bagi pelajar-pelajar yang mempunyai ketokohan dalam bidang-bidang tertentu seperti kurikulum, ko-kurikulum dan sebagainya.

Kategori Penyampaian Hadiah adalah Hadiah Murid Cemerlang Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 di samping Hadiah Mata pelajaran Terbaik.






Selain dari itu juga, terdapat juga kategori Anugerah Khas seperti Anugerah Khas NILAM, KO-Kurikulum serta Tokoh NILAM, Ko-Kurikulum Lelaki dan Perempuan dan Tokoh Murid Lelaki dan Perempuan.

Majlis juga diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie (Bahasa Arab), Action Songs dan persembahan tarian 'Seribu Satu Malam' oleh pelajar-pelajar Tahun 6.

Tokoh-tokoh Pelajar bergambar bersama Tn Hj Zahari bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan dan Tn Hj Tg Hamzah bin Ku Seman, Guru Besar SK Sri Suria (1) disertai oleh para ibu pelajar.

Pada 11 November 2010 juga pelajar-pelajat Tahun 6 akan mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka masing-masing. Semoga pencapaian pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Insyallah.

Tuesday, November 9, 2010

MALAM NOSTALGIA 2010

Malam Nostalgia Tahun 6 bagi sesi tahun 2010 telah diadakan pada 8 November lalu. Majlis ini dihadiri oleh semua guru dan murid-murid Tahun 6. Tema majlis pada tahun ini ialah konsep Arab 'seribu satu malam'. Semoga kemeriahan majlis ini meninggalkan kenangan manis kepada semua murid yang akan meninggalkan bangku persekolahan rendah di sini.



Pada tengahari hari yang sama juga Majlis Jamuan Akhir tahun Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Pengawas SPBT juga telah dilangsungkan di dewan sekolah.

Friday, November 5, 2010

PERSEDIAAN MENGANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2010.


PENCAPAIAN 5A UPSR SK SRI SURIA (1)
2000 - 22
2001 - 28
2002 - 41
2003 - 38
2004 - 58
2005 - 63
2006 - 70
2007 - 106
2008 - 66
2009 - 78
2010 - 65