Thursday, October 21, 2010

SELAMAT DATANG KE SK SRI SURIA (1)

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA ROMBONGAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH KUALA MUDA, SUNGAI PETANI, KEDAH KE SK SRI SURIA (1) PADA 26 OKTOBER 2010. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA DISAMPING MENJALIN TALI SILATURRAHIM.

Wednesday, October 20, 2010

PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK SRI SURIA (1) 2010














Sekolah Kebangsaan Sri Suria (1) telah mengorak langkah untuk menjayakan program 'Jom Ke Sekolah' pada 25 Mac 2010. Sasaran utama program ini adalah kepada semua murid, guru-guru serta ibu bapa. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, En. Che Abdullah b Mohd, Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah dan turut disertai oleh Yang diPertua PIBG, Dato' Shaari bin Hj. Hassan. Dalam ucapan perasmian tersebut, Tuan PPD menekankan kepentingan tentang kehadiran murid ke sekolah. Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar.


Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang hadir tidak akan mendapat apa-apa maklumat. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain selain ketinggalan dalam pelajaran mereka.


Pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan pihak ibu bapa dan semua pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah. Hj. Tengku Hamzah bin Ku Seman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, menaruh harapan yang tinggi agar para pelajar dapat meningkatkan kehadiran pada tahap 100 peratus di samping dapat mengurangkan gejala salahlaku disiplin di kalangan pelajar serta meningkatkan keperihatinan para ibu bapa dalam menangani isu kehadiran pelajar ke sekolah.




Friday, October 8, 2010

HARI USAHAWAN MUDA 2010















Hari Usahawan Muda SK Sri Suria (1) akan diadakan sebagaimana berikut;
Tarikh: 10.10.2010 (Ahad)
Tempat: Padang Sekolah



Pelbagai gerai jualan dibuka seperti gerai cenderamata, gerai burger, gerai pakaian, gerai lagu permintaan, gerai buah-buahan, gerai makanan barat, gerai kuih-muih dan sebagainya. Belian adalah dengan menggunakan kopon yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa Hari Usahawan Muda. Semua murid sesi petang hadir pada sesi pagi. Sama-samalah kita memeriahkan Hari Usahawan Muda sambil menderma.

Pada sebelah pagi, semua murid dan guru menyertai acara Senaman Aerobik yang diketuai oleh beberapa jurulatih yang dijemput khas. Selepas itu diadakan pula perlawanan bola sepak beragam di mana pemain-pemain memakai kain pelikat semasa perlawanan tersebut. 

Terdapat 16 gerai yang dibuka pada hari tersebut dan sebuah 'Coffee-Corner'. Gerai-gerai tersebut dikendalikan oleh beberapa orang guru dan dibantu oleh pelajar-pelajar Tahun 6. Antara gerai-gerai tersebut, 2 gerai menjual nasi, 1 gerai buah-buahan, 2 gerai minuman, 2 gerai burger, hotdog dan pizza, 1 gerai ayam goreng, 1 gerai keropok, 1 gerai makanan barat, 1 gerai ais krim dan iced-blended dan sebagainya. Gerai-gerai ini juga dikunjungi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah berhampiran dan juga pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah. 


Klik atas gambar untuk besarkan.

Monday, September 27, 2010

UPSR 2010 : SEMOGA KEJAYAAN MILIK KITA

Bacaan doa dipimpin oleh Tn. Haji Hussain (Bekas Imam Tua Tanah Merah)

Semoga segala kerjabuat kita semua mendapat keberkatan daripada Allah swt. Sama-samalah kita doakan agar semua calon mendapat kejayaan yang cemerlang.

Gambar-gambar sekitar Majlis Restu Ilmu yang diadakan pada hari Ahad, 19 September 2010 di Surau Al-Syakirin.


 Antara guru yang memberi nasihat kepada para calon.
 Amanat terakhir daripada Tuan Guru Besar.








Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kami warga SK Sri Suria 1 mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri kepada semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid.


Sekolah akan dibuka semula pada 14 September 2010 dan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah akan diadakan pada 15 September 2010. 

Tuesday, August 31, 2010

PEMBERITAHUAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2011

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA29, DGA32(KUP), DG41 dan DG44(KUP) melalui e-GTukar yang akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010.

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT DI LAMAN WEB : http://apps.emoe.gov.my/epgo

Guru-guru yang memohon bertukar dikehendaki menyerahkan SATU SALINAN BORANG PERMOHONAN kepada GURU BESAR bagi tujuan pengesahan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Guru Data sekolah.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

NUR AZWANI BT HAMAT
Guru Data/EMIS
SK Sri Suria 1

Sunday, August 29, 2010

PELAKSANAAN PENGISIAN PPPLD (KUP) KE HAKIKI DGA32

Makluman untuk semua guru berkenaan PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPLD) YANG DINAIKKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) KE JAWATAN HAKIKI GRED DGA32.

Mana-mana guru yang layak memohon ( lantikan KUP 01.01.2000 hingga 31 Disember 2004) sila ambil borang di pejabat sekolah dan borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum 06 September 2010.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 Pejabat
SKSS(1)